Thursday 16 February 2017

Hukum Menepuk Pundak ketika Menjadi Makmum

Hukum Menepuk Pundak ketika Menjadi Makmum

Pertanyaan:
Assalamualaykum,
Ustadz,bagaimanakah hukumnya seseorang yang hendak bermakmum kepada orang lain yang sudah sholat duluan dengan cara menepuk punggung orang tsb?
Mohon dijelaskan secara terperinci ustadz. Syukron.

Dari: Dwi Ariyanto
Jawaban:
Wa alaikumus salam
Yang benar, orang yang datang dan hendak bermakmum, tidak perlu menepuk pundaknya, tapi langsung memposisikan diri di samping kanan orang yang sedang shalat sendirian itu, lurus sejajar, dan tidak geser sedikit ke belakang.

Kesimpulan ini berdasarkan hadis dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau mengatakan,
بِتُّ عِنْدَ خَالَتِي مَيْمُونَةَ لَيْلَةً، فَلَمَّا كَانَ فِي بَعْضِ اللَّيْلِ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَوَضَّأَ مِنْ شَنٍّ مُعَلَّقٍ وُضُوءًا خَفِيفًا، وَقَامَ يُصَلِّي، فَتَوَضَّأْتُ نَحْوًا مِمَّا تَوَضَّأَ، ثُمَّ جِئْتُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَحَوَّلَنِي فَجَعَلَنِي عَنْ يَمِينِهِ
Pada suatu malam, saya menginap di rumah bibiku Maimunah, di Saya shalat bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada suatu malam. Setelah larut malam, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bangun dan berwudhu dari air yang terdapat dalam bejana yang menggantung, lalu beliau shalat. Akupun berwudhu seperti wudhu beliau, dan langsung menuju beliau dan aku berdiri di sebelah kiri beliau. Lalu beliau memindahkanku ke sebelah kanan beliau. (HR. Bukhari 138).
Maimunah adalah salah satu istri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang sekaligus bibi Ibnu Abbas dari ibunya. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan jatah malam di Maimunah, Ibnu Abbas ikut bersama mereka. Dan ketika itu, Ibnu Abbas belum baligh.
Dalam hadis di atas, Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma datang ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallamsudah mulai shalat. Dan beliau tidak menepuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, namun langsung berdiri di samping kiri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Karena posisinya yang salah, Ibnu Abbas dipindah ke posisi sebelah kanan.
 Dijawab oleh ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina www.KonsultasiSyariah.com)

Hukum Menepuk Pundak Dengan Maksud Bermakmum

Pertanyaan :
Menepuk bahu ketika kita hendak makmum kepada seseorang adakah dalilnya ?

Jawaban :

Sejauh yg kami ketahui, tidak ada satupun kitab  mu'tamad  4 mazhab dalam bab shalat yg menyebutkan hal ini. Dugaan kuat ia muncul dari hasil kias atau penalaran,  yg juga tidak diketahui pasti nalar versi siapa.

Kalau kita coba menebak, mungkin dengan pertimbangan :

Seorang yang tadinya shalat sendiri lalu dijadikan imam perlu mengetahui bahwa di belakangnya sekarng ada makmum yang mengkutinya. Selain agar dia segera merubah niat, juga diharapkan agar si imam lalu  bisa menyesuaikan diri. Misal agar imam tidak membaca surah terlalu panjang. Bakal repot kalau bermakmum ke imam yg baca al Baqarah full dalam satu raka'at.

Selebihnya manfaatnya tidak kami ketahui,  karena seorang imam tidak harus disyaratkan berniat jadi imam. Sehingga perlu diberi tahu dengan tepukan.

Kalau toh menepuk pundak dijadikan sarana pemberitahuan, yakni kalau ditepuk dari belakang ketika shalat berarti dijadikan imam, tetap harus diingat, ini 'urf (kebiasaan) yang tidak universal. Bisa juga menyebabkan kesalahpahaman.

Tidak menutup kemungkinan yang ditepuk mengira ia sedang diganggu atau menangkap itu sebagai signal peringatan bahaya sehingga dia bisa langsung membatalkan shalat. Salah siapa ?

Lebih gawat lagi kalau dia mengira tepukan itu tepukan ilmu gendam. Yang biasanya, agar gendam tidak mempan harus balik menepuk. Lalu ia balas menepuk. Nah tepuk-tepukan pun terjadi.

Hemat kami, langsung mengambil posisi d sebelah kanan imam, kalau lebih dari satu dibelakangnya, sudah akan diketahui.  Jika perlu takbir dikeraskan. Rasanya cara ini lebih universal.

Wallahu a'lam. ©AST.
http://www.konsultasislam.com/2015/11/hukum-menepuk-pundak-dgn-maksud.html

Makmum Tepuk Belakang

talfiq

Salam

Boleh ke kalau time kita solat sorang, tiba-tiba ada jemaah tepuk belakang dan berimamkan kita, katala solat Jahr macam maghbrib. Time sekolah dulu memang selalu la buat, tapi skang ni nak tau dalil boleh ke tidak ...

Sebab ada baca pendapat sorang brader ni, dia kata kalau kita solat sorang, tak boleh berubah niat, sebab nanti batal sebab berubah niat. Jadi katala dalam kes solat jahr, kalau solat sorang, tentula baca senyap. Tapi since dah ada orang nak berimamkan kita, takkan tak jahr bacaan.

Tapi kalau kita pilih untuk solat sendiri, macam mana hukum jahr bacaan ketika solat bersendirian?

2) kalau solat berjemaah berdua, tiba-tiba imam putuskan solat (katala terkentut), lepas tu makmum kena tunggu ke atau mufaraqah?

katala tunggu kebetulan lak imam tu pegi jawab phone ke atau ada gangguan lain, lama la plak nak tunggu.


Wassalam

JAWAPAN:
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Masuk sembahyang berimamkan orang yang sedang bersembahyang bersendirian adalah dibolehkan. Kisah Ibn Abbas r.a. adalah salah satu dalilnya. Ulasan tentang perkara ini boleh dibaca di:


SJ-05-0474 : Masalah Masbuk
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=37806

SOALAN:

Salam
sekiranya kita masuk ke masjid dan nmpk seorang lelaki sedang solat dan kita hendak mengimamkannya,ttp tidak tahu solat apa yg sdg dilakukan,dan posisi mn makmum ..dan sekiranya dtg makmum kedua,di mnkah kedudukannya?

1)cara2 utk mengimamkan lelaki tersebut,dan bagaiman jika lelaki itu hanya solat sunat sedangkan syg ingin solat asar.
2)posisi sekiranya makmum seorang
3)posisi sekiranya makmum 2 org,dan cara untuk makmum kedua menyertai solat tersebut. Wassalam

JAWAPAN:

Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Untuk menjadi makmum kepada orang yang sedang bersolat sendirian, hanya berdiri disebelahnya (kanan) dan bertakbiratul ihram.

Tidak ada masalah jika solat imam berbeza dengan makmum. Contohnya, imam solat sunat, makmum solat fardhu, atau sebaliknya. Dalilnya, hadis Jabir:


أن معاذ بن جبل كان يصلي مع رسول الله صلى الله عليه و سلم العشاء الآخرة ثم يرجع إلى قومه فيصلي بهم تلك الصلاة

Maksudnya: Muaz bin Jabal bersembahyang Isyak bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Kemudian dia balik ke kaumnya, lalu dia bersembahyang bersama mereka solat tersebut (Isyak).

Direkod oleh Bukhari (no: 679) Muslim (no: 465). Lafaz bagi Muslim.

2) Sunnah dalam kedudukan seorang imam dan seorang makmum ialah: makmum berada di sebelah kanan imam dalam satu saf, tanpa ke belakang.

Ini berdasarkan kepada hadis masyhur tentang solat malam Rasulullah SAW bersama Ibn Abbas, baginda mengalihkan Ibn Abbas daripada kirinya ke sebelah kanannya.

Imam Bukhari meletakkan hadis Ibn Abbas ini di bawah tajuk:

باب: يقوم عن يمين الإمام بحذائه سواءً إذا كانا اثنين

Ertinya: Bab Apabila Mereka (jemaah) Terdiri Daripada Dua Orang, Maka Makmum Berdiri Di Sebelah Kanan Imam Sebaris Dengannya, Dalam Kedudukan Sama.

Kata Ibn Rajab, "Maksudnya ialah seorang makmum berdiri di sebelah kanan imam, sebaris dengannya tidak terkedepan dan tidak terkebalakang".

2) Jikam makmum dua orang, kedudukannya menurut jumhur ialah kedua-dua makmum membuat saf di belakang imam.

Cara makmum kedua menyertai jemaah, samada dia menolak imam ke hadapan dan membuat saf dengan makmum pertama. Atau dia menarik makmum pertama ke belakang dan membuat saf bersamanya.

Wallahu A'lam.

Berubah niat daripada sembahyang sendirian kepada sembahyang jemaah, tidak menjejaskan sembahyang.

Berkenaan dengan bacaan perlahan atau kuat, jika sudah dikira berjemaah maka hukumnya hukum solat jemaah. Dikuatkan pada solat sebelah malam (maghrib, isya dan subuh) dan diperlahankan pada solat siang (zohor dan asar).

Dalam solat sendirian, ada khilaf. Imam Syafie berpendapat sunat dibaca kuat dalam solat-solat jahriyyah. Manakala Imam Ahmad mengatakan diberi pilih samada kuat atau perlahan. Kerana tuntutan bacaan kuat hanya dalam solat jemaah.

Berkenaan tepuk belakang, sudah ada penjelasan daripada Maulana Asri tentangnya. Kesimpulan, tidak perlu ditepuk atau dicuit.

2) Masalah ini masalah khilaf. Ramai ulama (termasuk Syafie dalam pendapat qadimnya) berpendapat jika seseorang terbatal wudhuk ketika solatnya, boleh dia berwudhuk dan kembali menyambung solatnya. Tidak perlu dimulai dari awal.

Terdapat dua hadis bertaraf mursal dalam perkara ini, dan diamalkan oleh ramai sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Dan hadis mursal apabila disokong oleh jumhur sahabat, ia menjadi hujah di sisi sesetengah ulama. (Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah).

Imam Nawawi menukilkan pendapat ini dari ramai sahabat, antaranya: Umar, Ali, Ibn Umar, Salman al-Farisi, dan Ibn Abbas. (Majmuk 4/76).

Tetapi dalam tempoh keluar mengambil wudhuk, tidak boleh melakukan perbuatan-perbuatan luaran yang tidak diperlukan, seperti bercakap-cakap, makan minum dll.

Jadi menurut pendapat ini, jika imam yang terbatal wudhuknya, makmum boleh tunggu sehingga imam datang kembali ke tempatnya.

Tetapi yang sahih dalam mazhab Syafie dan Ahmad, solatnya terbatal dan tidak boleh disambung balik. Mesti dimulai dari takbiratul ihram.
 
http://qasolatjemaah.blogspot.co.id/2009/07/makmum-tepuk-belakang.html
 
 

 

No comments: